Jumaat, 4 September 2009

SAMBUNGAN SYURGA DAN TINGKATANYA

Itulah firman Allah swt:
"mereka diseru (dengan suara ): Syurga itu kamu terima pusaka, disebabkan apa yang
telah kamu amalkan."
(Q.S AL-A'raf:43).
Jika ingin kau ingin tahu lebih lanjut tentang sifat Syurga, bacalah Al-Quran. Tidak ada keterangan lain setelah itu. Bacalah firman Allah:
"Untuk orang yang takut berdiri ( di hadapan) Tuhan, ada dua kebun (Syurga)."
(Q.S Ar-Rahman:46)

Seterusnya bacalah Al-Waqi'ah dan surah-surah lainnya. Jika kau ingin tahu perincian sifatnya, cubalah renungkan hadis-hadis berikut ini:
Rasulullah saw bersabda dalam menafsirkan ayat:
" Untuk orang yang takut berdiri (dihadapan) Tuhannya, ada duakebun(Syurga). Bahawa dua kebun dari perak. Yakni bejana dan isi keduanya. Dan dua kebun dari emas, juga bejana dan isi keduanya. Adapun antara kaum dan memandang kepada Tuhan adalah selendang kebesaran dihadapanya dalam Syurga Adn."
perhatikan bahawa pintu syurga itu amat banyak , sesuai dengan amal ketaatannya. Demikian pula pintu neraka , sesuai dengan kemaksiatanya.
Abu Hurairah ra berkata: "Telah bersabda Rasulullah saw:
"Jika suami isteri menguntukkan hartanya ke jalan Allah, keduanya akan boleh masuk mana-mana pintu syurga yang diingini. Dan syurga itu ada lapan pintu . Siapa ahli solat, masuk melalui Babus Solat. Siapa ahli puasa, masuk melalui Babus Shiam. Siapa ahli sedekah, masuk melalui Babus Sadaqah. Siapa ahli jihad akan masuk melalui Babus jihad."

Lalu Abu Bakar ra berkata: "Demi Allah, apakah setiap akan dipanggil dari sebuah pintu? Atau adakah orang yang dipanggil dari segala pintu?" Rasulullah menjawab:"Ya, dan aku ingin kau termasuk dari mereka ."
Dari Ashim bin Dhamrah, dari Ali ra, bahawa dia menerangkan tentang banyak Neraka dan aku tidak menghafalnya. Kemudian dia berkata :
"Orang yang bertaqwa kepada Tuhannya dimasukkan ke dalam Syurga dengan beramai-ramai."
(Q.S. Az-Zumar: 73).

Sehingga ketika mereka berada di salah satu pintunya, mereka bertemu pohon yang di bawah batangnya mengalir dua mata air.mereka memandangi salah satunya sebagaimana diperintahkan, lalu meminumnya sehingga hilangnya penyakitnya seketika. kemudian datang yang lain, mereka bersuci dengannya sehingga mereka mendapatkan kenikmatan itu. Rambut mereka tidak akan beruban selamanya, muka mereka tidak berkedut, sepertinya telah diminyaki, Kemudian mereka sampai ke Syurga. Dan penjaganya menyambut dengan berkata:
"Selamat untukmu, kamu telah suci, maka masuklah kamu kedalamnya serta kekal (di dalamnya)."
(Q.s. Az-Zumar:73).
mereka juga disambut oleh anak Syurga yang mengelilinginya dengan suka dan ria dan berkata kepadanya: "Bergembiralah kerana Allah telah menjanjikan kemuliaan untukmu." Ali mengatakan ; "Kemudian salah seorang mereka menghampiri bidadari dan berkata kepadanya bahawa si fulan telah datang. Bidadari itu bertanya , apakah engkau melihatnya? Dia menjawab: "ya , aku melihatnya dia telah datang ." Bidadari itu segera menyambut dan menawarkan kebahagiaan sehingga ketika sampai di depan pintunya, ahli Syurga itu lihat kepada bangunan itu bertatahkan lukluk merah, hijau dan kuning berwarna warni. Kemudian dipandang ke atas melihat atapnya berkilat. kalau bukan kerana kekuasaan Allah, akan sakitlah matanya.
Kemudian dia menundukkan kepalanya, ternyata dia melihat isteri-isterinya telah siap melayaninya denga gelas-gelas yang diletakkan , guling disusun dan permaidaninya telah dihamparkan. Kemudian dia berbaring dan berkata :" Segala puji bagi Allah yang telah memberikan semua ini padaku." Kemudian jurupanggil memanggil: " Kamu semua hidup tidak akan mati, kamu akan tetap tinggal selamanya,dan kamu sihat selamanya."
"Pada hari Kiamat aku datang ke pintu Syurga dan aku hendak membukanya . Penjaga berkata : "Siapakah engkau?" Aku menjawab : "Aku Muhammad." Kemudian dia berkata: "Aku diperintahkan untuk tidak membukakan untuk seseorang sebelummu."
Kemudian, renungkanlah bilik-bilik di Syurga dan perbezaan ketinggiannya. Sesungguhnya Akhirat itu lebih besar darjat keutamaanya. Demikian pula ketaatan lahir dan akhlak batin manusia memiliki perbezaan yang nyata. Jika kamu mencari darjat yang tertinggi, usahakan jangan ada orang yang menghalang ketaatanmu kepada Allah. Sungguh Allah swt telah memerintahkan untuk berlumba-lumba dalam hal ini.
"Berlumba-lumbalah kamu kepada mendapatkan keampunan dati Tuhanmu"
(Q.S Al- Hadid:21).
"Dan pada demikian itu hendaklah berlumba-lumba siapa yang mahu berlumba-lumba."
(Q.S Al-Muthaffifin:26).
Tetapi yang menghairankan adalah jika teman atau jiran memerlukanmu dalam hal harta, kamu keberatan. Dadamu sesak oleh rasa hasud. Sepatutnya kamu berusaha supaya kamu dapat tinggal di Syurga.Seperti kaum yang mendahuluimu!"
Abu Said al khudri mengatakan: telah bersabda Rasulullah saw:
"Ahli Syurga itu melihat penghuni bilik atasnya. Seperti kamu melihat bintang di ufuk timur dan barat bertaut antara satu sama lain." Mereka bertanya :"Ya Rasulullah, tempat para nabi tentunya tidak sapat dilihat oleh orang lain? Rasulullah berkata: "Benar Demi Zat yang aku di dalam kekuasaaan-Nya orang yang beriman kepada Allah dsan Rasul-Nya akan sampai di sana."
Beliau juga bersabda:
"Sungguh penghuni tingkat atas itu dilihat oleh orang dibawahnya seperti kamu melihat bintang yang terbit di salah satu ufuk langit. Dan sesungguhnya Abu Bakar dan Umar termasuk mereka."
Jabir ra berkata :"Telah berkata Rasulullah saw:
"Di Syurga ada bilik yang tersusun dari permata tembus, bila berada didalam boleh lihat diluarnya, dari luar boleh lihat didalamnya. Di sana ada kenikmatan, kelazatan dan kebahagiaan yang belum pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga atau terlintas dalam hati manusia."
Dia berkata : "Aku bertanya :"Wahai Rasulullah, untuk siapa bilik itu?
"Beliau menjawab:"Untuk orang yang membiasakan memberi salam, memberikan makan, sentiasa puasa dan solat malam sewaktu manusia sedang tidur. "Dia berkata:"Aku bertanya lagi:"Wahai Rasulullah, siapakah yang mampu berbuat demikian?" Beliau menjawab:"Umatku mampu umtuk itu. Dan akan aku ceritakan tentang itu padamu. Siapa berjumpa dengan saudaranya dan memberinya salam, bererti dia telah memuliakan dalam. Sesiapa memberi makan anak dan keluarganya sehingga kenyang, bererti dia telah memberikan makanan. Sesiapa telah berpuasa di bulan Ramadhan dan berpuasa tiga hari setiap bulan bererti dia telah membiasakan puasa. Dan siapa telah solat Isya dan Subuh dengan berjemaah, sama seperti telah solat malam di saat orang Yahudi dan Nasrani dan Majusi sedang tidur."
Rasulullah saw ditanya tentang firman Allah swt:
"Dan beberapa tempat yang indah dalam Syurga Aden"
(Q.S At-Ttaubah:72)
Beliau menjawab:"Ialah mahligai-mahligai dari lukluk. setiap mahligai ada tujuh puluh rumah dari yaqut. Setiap rumah terdiri dari tujuh puluh bangunan dari Zamrud hijau. setiap bangunan ada permaidani,atas setiap permaidani ada tujuh puluh cadar dari segala rupa. Di atas tiap cadar ada seseorang bidadari yang bermata indah. Dan di setiap bangunan ada tujuh puluh meja makan. Disetiap meja makan berisikan tujuh puluh macam makanan. Dan setiap bangunan itu ada tujuh puluh pelayan yang selalu siap melayani permintaan penghuninya."

Dan demikian kepada pembaca pada setiap yang di lakukan bukanlah semata-mata untuk mendapatkan ganjaranNya sahaja, apa yang lebih penting adalah keredhaanNya.

Selamat membaca.